Isnin, 16 Ogos 2010

Pengenalan Pemulihan Khas

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau peringkat persekolahan menengah rendah.

Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau "terkebelakang" menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru , melalui program pemulihan khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

Selamat Datang Ke Kelas Pemulihan Khas SK Kampong Baharu, Sabak Bernam

Assalamualaikum w.b.t

SELAMAT DATANG.......

Kelas Pemulihan Khas
SK Kampong Baharu,
Jln. Hj. Saie,
Kampung Baharu,
45200 Sabak Bernam,
Selangor.

Tel : 03-32162033